PD Forest tampil tarikan Dataran Astronomi, jam matahari dalam hutan - Utusan Malaysia

PD Forest tampil tarikan Dataran Astronomi, jam matahari dalam hutan

ORANG ramai berpeluang melihat jam matahari yang terdapat di PD Forest @ Sungai Menyala, Port Dickson. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Lokasi ekopelancongan PD Forest @ Sungai Menyala dekat sini tampil dengan tarikan terbaharu menerusi Dataran Astronomi dan jam matahari bagi memberi peluang orang ramai mempelajari ilmu astronomi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaludin berkata, tarikan terbaharu itu menjadikan PD Forest @ Sungai Menyala satu-satunya hutan simpan kekal di negara ini yang memiliki tarikan ber­kenaan.

Jelas beliau, Dataran Astronomi dan jam matahari itu telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tambahnya, ia turut disemak oleh Balai Cerap Telok Kemang, Bahagian Falak dan Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Bahagian Kadaster, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Negeri Sembilan.

“Kedua-dua tarikan ini didapati sangat sesuai diwujudkan di PD Forest @ Sungai Me­nyala kerana tahap pencemaran cahaya yang sangat rendah di dalam hutan tidak mengganggu aktiviti cerapan langit dan aktiviti berkaitan astronomi.

“Di dataran ini, pada siang hari, pengunjung boleh melihat waktu sebenar menerusi jam matahari seperti yang digunakan oleh masyarakat kuno dalam menentukan masa dan waktu solat.

“Selain itu di malam hari pula, pengunjung dapat melihat bulan, bintang, planet ataupun bima sakti (milky way) secara mata kasar atau menggunakan alat teleskop,” katanya di sini.

Jelasnya, inisiatif berkenaan juga mendapat dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) dalam ka­tegori sains dan teknologi sebagai Dataran Astronomi Terbesar Dalam Hutan Simpan dan Jam Matahari Terbesar Dalam Hutan Simpan.

Menurutnya, jam matahari berkenaan merupakan jam matahari horizontal (mengufuk) paling besar yang pernah dibuat di Malaysia dengan dengan nilai senggang setiap garisan adalah sebanyak lima minit iaitu nilai bacaan waktu dengan lebih kecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.