Pas Perlis nafi Mursyidul Am menyokong pengiktirafan terhadap Kit Siang - Utusan Malaysia

Pas Perlis nafi Mursyidul Am menyokong pengiktirafan terhadap Kit Siang

PAS Perlis nafi Mursyidul Am menyokong pengiktirafan terhadap Kit Siang.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pas negeri menyelar sesetengah pihak yang berniat jahat menggunakan nama Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin kononnya menyokong pengiktirafan yang diberikan kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, beliau yang cukup rapat dengan Hashim tidak pernah mendengar sebarang kenyataan rasmi dari Mursyidul Pas itu berkaitan sokongan kepada Kit Siang.

“Melihat kepada keratan media pro-Pakatan Harapan berkaitan perkara itu hanyalah bersifat ingin melaga-lagakan pimpinan di dalam Perikatan Nasional (PN)

“Datuk Tuan Guru (Hashim) sentiasa menyokong dan mendokong gabungan di dalam Perikatan Nasional sebagai gabungan yang bersih dan stabil untuk memimpin kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan daripada sebuah portal berita pada tahun 2022 yang bertajuk ‘Mursyidul Am Pas sokong Kit Siang diberi penghargaan’ yang dikongsi semula di media-media sosial.

Terdahulu, media melaporkan, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Kit Siang merupakan antara 25 individu dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Bekas Ketua Pembangkang itu merupakan antara 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.