Pas layak dapat kerusi lebih banyak, tiada isu 'abang besar'

Pas layak dapat kerusi lebih banyak, tiada isu ‘abang besar’

MUHYIDDIN Yassin (tengah) semasa Majlis Penyerahan Lembu Korban bagi Parlimen Pagoh di Bukit Pasir, Muar, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pas layak memperoleh bilangan kerusi lebih banyak pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi kerana parti itu sudah lama wujud berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak timbul isu Pas “abang besar” di dalam PN kerana kesepakatan telah dicapai dan pembahagian yang adil dilaksanakan.

“Fakta bahawa Pas mempunyai kerusi yang lebih banyak memang jelas kerana sebelum kami (Bersatu) wujud, Pas sudah lama wujud. Malah Pas juga sudah menguasai kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu serta Kedah.

“Selain itu, Pas sudah ada kerusi-kerusi di negeri lain. Dari segi proses pertimbangan pembahagian kerusi ini kita lihat, Pas sudah mempunyai ramai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban bagi Parlimen Pagoh di Bukit Pasir, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, walaupun Pas memperoleh kelebihan lebih banyak kerusi di Kelantan, Terenggau dan Kedah, Bersatu juga mempunyai lebih kerusi di Selangor serta Negeri Sembilan.

“Kita tidak panggil parti itu ‘abang besar’ atau ‘abang kecil’. Saya Presiden Bersatu dan Pengerusi PN, yang disokong oleh Pas. Tidak kisah siapa yang memimpin asalkan mempunyai azam dan perjuangan yang sama di dalam PN,” katanya.

Pada 22 Jun lalu, Muhyiddin mengesahkan (PN) akan bertanding di kesemua iaitu 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Daripada jumlah tersebut, Pas akan bertanding 126 kerusi, Bersatu 83 kerusi dan Gerakan sebanyak 36 kerusi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN