KUALA LUMPUR : Susulan pembaharuan yang disenaraikan dalam laporan Kertas Putih Kesihatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengetuai pelaksanaan strategi reformasi tersebut.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berkata, ini kerana ia menuntut komitmen besar rentas kementerian dan agensi, memandangkan ia menyentuh pelbagai isu dan sektor.

“Andainya reformasi ini tidak dikemudi Perdana Menteri dengan komitmen rentas kementerian, saya khuatir Kertas Putih Kesihatan ini akan ‘dead in the water’ (gagal), mati ketika belum lahir,” katanya ketika membahaskan usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Dzulkefly ynag juga bekas menteri kesihatan berkata, gesaan itu penting memandangkan 80 peratus faktor yang memberi impak kepada tahap kesihatan rakyat adalah membabitkan perkara di luar fasiliti kesihatan. – utusan