Music is Universal tonjol bakat artis Malaysia, Indonesia

Music is Universal tonjol bakat artis Malaysia, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universal Music Malaysia menganjurkan Music is Universal yang menampilkan persembahan artis-artis dari Malaysia dan Indonesia, sambil menampilkan kepelbagaian muzik di Asia Tenggara.

Acara itu juga bertujuan menghubungkan syarikat-syarikat serantau termasuk dari Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Thailand yang berlangsung penuh meriah, baru-baru ini.

Selain mengetengahkan bakat pelaku seni, acara itu juga bertujuan memberikan peluang kepada warga kerja serta barisan artis  bertemu dan meluaskan jaringan hubungan dengan individu dari cabang Universal Music serantau.

Antara barisan artis yang membuat persembahan pada malam tersebut ialah Dolla yang dibarisi empat gadis jelita iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel.

Airliftz pula adalah seorang penyanyi rap, penerbit, penulis dan pencipta lagu di negara ini yang pernah membuat persembahan di pelbagai festival muzik serantau.

Mikha Angelo adalah seorang penyanyi dan pencipta lagu yang menempa nama selepas muncul dalam rancangan realiti, X Factor dan sudah mengeluarkan beberapa album serta berpengalaman membuat persembahan di pelbagai konsert seluruh Indonesia dan Asia Tenggara.

Selain artis-artis berbakat ini, Music is Universal juga menampilkan beberapa DJ berbakat iaitu DJ Reeve, Alicia Fireheart dan MC Millo.

Peminat yang hadir juga berpeluang bertemu serta menikmati persembahan daripada barisan artis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya