Moratorium Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih berkuat kuasa

Moratorium Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih berkuat kuasa

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Moratorium bagi pelaksanaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih berkuat kuasa dan tiada pendakwaan boleh dijalankan di bawah seksyen itu buat masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, kerajaan teguh dengan pendirian bahawa tiada lagi tempat untuk Seksyen 309 Kanun Keseksaan di negara ini.

Ia susulan  keputusan Jemaah Menteri pada 31 Mac lalu terhadap pemansuhan seksyen berkenaan dan suatu moratorium berkuat kuasa ke atas pelaksanaan seksyen tersebut.

Beliau berkata, seksyen itu perlu dimansuhkan untuk mengubah pendekatan kepada cubaan bunuh diri daripada yang bersifat punitif pada masa ini kepada suatu pendekatan berasaskan rawatan perubatan yang bersifat pemulihan.

“Pendekatan mengutamakan kepentingan kesihatan awam adalah selari hasrat kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar semalam berhubung satu kes melibatkan seorang pelajar yang disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana cubaan membunuh diri.

Ramkarpal berkata, beliau difahamkan bahawa pelajar berkenaan tidak pernah ditahan oleh polis, sebaliknya dibawa terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, buat masa ini, pemansuhan itu sedang melalui proses pindaan undang-undang sewajarnya, iaitu mendapat kelulusan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan No. 2) 2023 ini  antara lain bertujuan memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 22 Mei lalu.

“Seterusnya, RUU ini perlu melalui proses pindaan undang-undang selanjutnya yang dinyatakan di perenggan 2(ii) di atas sebelum pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tersebut berkuatkuasa,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya