SHAH ALAM: Mahasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memanfaatkan kenaikan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) yang diterima mereka baru-baru ini dengan merebut akses pendidikan lebih berkualiti. Mereka yang menerima biasiswa bagi pengajian di dalam dan luar negara perlu memastikan faedah tersebut digunakan dengan mendapatkan buku-buku rujukan dan bahan ilmiah tambahan sebagai akses kepada pendidikan tinggi lebih holistik serta berkualiti. Presiden Persatuan Pemimpin Belia Universiti Malaya (UM), Lim Shan Shien…










