GUA MUSANG: Empat jenis spesies kelulut iaitu Trigona Itama, Trigona Thorasica, Trigona Terminata dan Trigona Canifrons menjadi ‘rahsia’ buat seorang pemuda mendapatkan madu yang berkualiti. Zolkefli Rashid, 28, berkata, dia sama sekali tidak menyangka hasil tersebut mampu menepati citarasa penggemar madu sekali gus menyaksikan dia menerima tempahan tinggi daripada pelanggan. “Pada awal pembabitan saya hanya membeli satu log atau sarang kelulut lima tahun lalu. Bermula secara suka-suka untuk mengisi masa…