Lawak melampau: YPB69K saran KDN senarai hitam Jocelyn

Lawak melampau: YPB69K saran KDN senarai hitam Jocelyn

Jocelyn Chia
Jocelyn Chia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Prihatin Bekas 69 Komando (YPB69K) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyenaraihitamkan pelawak wanita, Jocelyn Chia dari memasuki Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

Pengasas Bersama YPB69K, Datuk Seri Halim Ishak berkata, jenaka yang dipersembah wanita itu sangat tidak menghormati hubungan luar dua hala kedua-dua negara sejak sekian lama.

Malah, katanya, jenaka itu juga sangat tidak boleh diterima serta tidak mencerminkan pelawak itu datang dari ‘negara maju’.

“YPB69K menuntut agar Kerajaan Singapura mengambil tindakan keras ke atas sikap tidak profesional pelawak mereka yang mempersenda rakyat dan nama Malaysia. 

“Kami juga menuntut permohonan maaf daripada pelawak itu. Mana-mana persembahan tidak patut jadi satu platform kutuk negara lain,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan, pelawak wanita dipercayai kelahiran Singapura bertindak keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’.

Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pelawak wanita dikenali sebagai Jocelyn Chia, dia secara sengaja menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Selain itu, pelawak berkenaan turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun berbanding negaranya yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Selain itu, pelawak itu juga secara keterlaluan berjenaka mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya