Langgar babi, empat kenderaan terbabit kemalangan

Langgar babi, empat kenderaan terbabit kemalangan

KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan selepas mengelak dan melanggar seekor babi berhampiran pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga buah kereta dan sebuah motosikal terbabit kemalangan selepas mengelak dan melanggar seekor babi dalam kejadian berhampiran pusat beli-belah Alamanda, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.47 pagi di Jalan Desa Pinggiran Putra menghala ke pusat beli-belah itu, seorang penunggang motosikal cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu tiga kereta itu bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Honda City terlanggar bangkai seekor babi di lorong kanan jalan sebelum terbabas.

“Kereta dipandu seorang lelaki itu kemudian merempuh dua buah kereta jenis Toyota Yaris dan Honda BRV serta sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang turut berada di lorong yang sama.

“Sebelum itu, Toyota Yaris terlebih dahulu melanggar haiwan berkenaan sebelum terbabas, manakala pemandu Honda BRV dan penunggang motosikal turut berhenti di laluan sama bagi memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya