Lagi bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan - Utusan Malaysia

Lagi bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

SEBUAH bot nelayan dari Indonesia yang dikendalikan empat kru termasuk tekong dari negara tersebut ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di Pulau Kendi semalam kerana menceroboh perairan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan asing (BNA) dari Indonesia kerana menceroboh perairan negara semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan di sekitar 94 kilometer barat daya Pulau Kendi, pukul 3.31 petang.

Katanya, bot nelayan terbabit dikesan oleh Kapal Maritim (KM) Burau yang ketika itu sedang melakukan operasi OP Pertiwi.

“Bot berkenaan ditahan kerana berada di dalam perairan Malaysia ketika melakukan aktiviti menangkap ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, empat kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Indonesia berusia antara umur 23 hingga 42 tahun berada di atas bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan Malaysia.

”Kesemua kru kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki pas yang sah.

”Bot, kru serta 40 liter minyak diesel dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.