Kontroversi tidak jejas jualan tiket - Sabyan Gambus - Utusan Malaysia

Kontroversi tidak jejas jualan tiket – Sabyan Gambus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Duo terkenal Indonesia, Nissa dan Ayus dari kumpulan Sabyan Gambus yakin kontroversi yang dikaitkan dengan mereka sebelum ini tidak akan mengganggu jualan tiket untuk konsert Alunan Puitis Cinta Ilahi yang diajdualkan berlangsung Ogos depan.

Kata Nissa, mereka yakin peminat akan tetap memberi sokongan dan memilih untuk bersama kumpulan tersebut dalam keadaan sekalipun.

“Insya-Allah ia (kontroversi) tidak mengganggu. Doakan.

“Mahu atau tidak, perjalanan perlu diteruskan. Alhamdulillah, peminat masih bersama kami dan malah sokongan mereka bertambah,” katanya.

Nissa sekitar awal tahun ini menjadi tular selepas dikaitkan menjadi orang ketiga yang mengakibatkan penceraian Ayus dan isterinya, Ririe Fairus.

Malah timbul dakwaan bahawa Nissa dan Ayus kini bergelar suami isteri. Sehingga ke hari ini, kedua-duanya kekal mengunci mulut, mengelak daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kesahihan khabar angin tersebut.

Bercakap tentang konsert berkenaan, Ayus memaklumkan dia dan Nissa tidak sabar untuk berkunjung ke bandar bersejarah, Melaka yang belum pernah dilawati mereka sebelum ini.

“Ini merupakan kali pertama kami ke sana. Kami dimaklumkan durasi perjalanan adalah sekitar dua jam lebih kurang.

“Apa pun kami tidak sabar untuk ke Melaka sempena konsert kami nanti dan tidak akan melepaskan peluang menikmati makanan tempatan yang ada di sana,” katanya lagi.

konsert Alunan Puitis Cinta Ilahi bakal diadakan pada 26 Ogos depan bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC).

Peminat boleh membuat pembelian tiket berharga antara RM75 hingga RM355 menerusi laman sesawang iLasso Ticket.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya