PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memastikan komitmen penuh kerajaan terhadap semua sokongan yang diperlukan sama ada dari segi peruntukan dan kerjasama daripada kementerian berkaitan bagi menjayakan pelaksanaan reformasi Kertas Putih Kesihatan. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. R. Muruga berkata, proses pembaharuan kini boleh dimulakan dengan langkah penting seterusnya iaitu memastikan pembentukan jawatankuasa khas yang ditugaskan secara eksklusif. Katanya, ia bagi merancang dan menyelia pelaksanaan sistematik…










