Kim Ye-Rim, Lee Eun-Saem datang Malaysia - Utusan Malaysia

Kim Ye-Rim, Lee Eun-Saem datang Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMINAT drama bersiri Korea Selatan bakal disajikan dengan dra­ma baharu ber­judul Cheongdam International High School yang mengisahkan tentang Kim Hye-in (Lee Eun-saem), iaitu satu-satunya saksi kepada pembunuhan seorang gadis sekolah menengah.

Menerusi watak itu, Hye-in merupakan seorang pelajar miskin yang berusaha mengubah hidup keluarga dengan menumpukan pelajaran.

Bagi menutup mulut gadis itu, dia dipindahkan ke sekolah berprestasi tinggi, Cheongdam International High School.

Gadis remaja itu bakal bertemu dengan Baek Jen-na (Kim Ye-rim) ratu Diamond 6, iaitu suspek utama dan pelajar paling berkuasa di sekolah tersebut.

Jen-na merupakan murid paling digeruni di sekolah kerana ayahnya penyumbang terbesar di sekolah itu.

Ayahnya ialah pemilik syarikat teknologi termasuk jenama kom­puter riba yang digunakan oleh guru sekolah tersebut.

Pelajar di sekolah itu juga diasingkan kepada beberapa kasta berdasarkan jumlah sumbangan yang diberikan oleh keluarga mereka kepada pihak sekolah.

Bagaimanapun, sekolah tersebut turut membuka peluang kepada golongan pelajar miskin yang berpotensi tinggi menerusi tawaran biasiswa.

Sekolah itu menjadi dambaan dan impian ramai pelajar dan ibu bapa untuk menghantar anak mereka menuntut ilmu kerana menawarkan pendidikan yang jauh lebih baik daripada sistem sekolah

lain di Korea Selatan.

JUMPA PEMINAT

Eun-saem, 23, dikenali menerusi drama serangan zombi di sekolah, All Of Us Are Dead, manakala, Ye-rin, 24, pula dikenali sebagai Yeri dari kumpulan K-pop wanita, Red Velvet.

Lebih mengujakan pelakon utama bagi drama bersiri sekolah menengah terbitan tvN Asia itu akan menemui peminat Malaysia di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid, pukul 2 petang, hari ini.

Kedatangan mereka ke negara ini sempena mempromosikan drama baharu yang penuh debaran sempena Cheongdam International High School Star Tour.

Kedua-dua bintang terkenal antarabangsa ini akan membuat penampilan istimewa untuk bertemu peminat dan berkongsi mengenai drama lakonan mereka, selain menyertai permainan pentas bersama peminat bertuah.

Peminat tegar drama bersiri Korea Selatan boleh mengikuti laman rasmi Instagram tvN Asia untuk berpeluang menebus barangan premium edisi terhad Cheongdam International High School di lokasi sama, bermula pukul 1.15 tengah hari.

Cheongdam International High School disiarkan pada setiap Rabu, pukul 8 malam di saluran tvN Asia, Tonton, Astro CH395 & Astro Go, Unifi TV CH211 & unifi playTV.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya