Kes tembak penyamun bersenjata: Polis ada petunjuk baharu 

Kes tembak penyamun bersenjata: Polis ada petunjuk baharu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mempunyai petunjuk baharu bagi mengesan dua lagi penyamun yang bersenjatakan parang yang melarikan diri menggunakan sebuah kereta dengan nombor plat palsu dalam kejadian di Lorong Jintan, Taman Supreme, Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya menubuhkan pasukan bagi mengesan dua lagi penjenayah warga asing yang melarikan diri.

“Setakat ini kita sudah ada petunjuk, mereka melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, dua penyamun bersenjatakan parang maut ditembak polis sebelum sempat memecah masuk sebuah rumah di sekitar Lorong Jintan.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, polis menerima maklumat awam berkaitan pergerakan mencurigakan empat lelaki disyaki warga asing di kawasan berkenaan.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang sedang membuat rondaan diarahkan membuat pemeriksaan di lokasi tersebut.

Ketika tiba di lokasi, empat penyamun dianggarkan berusia antara 30-an ke 40-an cuba menyerang anggota polis menggunakan parang.

Anggota polis yang cuba mempertahankan diri melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek dan membunuh dua daripada mereka manakala dua lagi suspek melarikan diri.  

Mohd. Shuhaily dilaporkan berkata, pihaknya menemukan beberapa peralatan dipercayai untuk kegiatan pecah rumah termasuk pemotong besi dan parang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.