Keputusan kemasukan Tingkatan Enam pada 3 Julai

Keputusan kemasukan Tingkatan Enam pada 3 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan tawaran kemasukan Tingkatan Enam tahun 2023 akan diumumkan pada 3 Julai ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan, lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan menerusi secara dalam talian menerusi aplikasi pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Selain itu, calon peperiksaan SPM 2022 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Kata kenyataan sama, mereka tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 3 hingga 17 Julai 2023 manakala yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

“Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester Satu Tahun 2023 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal yang sama. Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh sama,” kata kenyataan itu hari ini.

Selain itu, Kementerian Pendidikan memaklumkan, pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 16 Julai bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan 17 Julai untuk sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan B di kolej atau pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

Untuk ambilan rayuan, tarikh lapor diri pula pada 25 Julai.

“Kementerian sentiasa berusaha untuk menawarkan peluang pendidikan terbaik untuk anak-anak selaras dengan hasrat membangunkan Malaysia Madani,” kata kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya