Kenyir Geopark: Beri peluang penggiat industri pelancongan cari rezeki - Utusan Malaysia

Kenyir Geopark: Beri peluang penggiat industri pelancongan cari rezeki

Tasik Kenyir di Hulu Terengganu diisytihar Geopark Kebangsaan dengan nama Kenyir Geopark. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Pengisytiharan Tasik Kenyir sebagai Geo­park Kebangsaan merupakan bonus tambahan bagi penggiat industri pelancongan di tasik berkenaan.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, A. Aziz A. Rahim berkata, tasik tersebut yang kini dikenali Kenyir Geo­park dijangka menarik lebih ramai pelancong domestik dan luar negara yang ingin menero­kai keindahan tasik tersebut.

“Pengisytiharan ini secara tidak langsung membuka peluang lebih luas kepada pengiat pelancongan di Tasik Kenyir mencari rezeki.

“Kami tidak meletakkan sasaran jumlah kedatangan pengunjung namun percaya ia bertambah dengan adanya promosi-promosi dilakukan pihak berkaitan sekali gus menjadikan Tasik Kenyir terus dikenali serta destinasi pilihan pelancongan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pada masa sama, A. Aziz berkata, pihaknya berharap kerajaan akan melaksanakan lebih banyak pembangunan di kawasan tasik tersebut terma­suk meningkat kemudahan kepada pelancong.

Malah katanya, pulau-pulau di tasik tersebut juga boleh dibangunkan untuk menarik perhatian pelancong.

“Projek pembangunan di tasik itu boleh dilaksanakan secara berperingkat tanpa menjejaskan alam sekitar,” jelasnya.

Pada 31 Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, Terengganu melakar satu lagi sejarah baharu dalam industri pelancongan apabila Tasik Kenyir diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dengan nama Kenyir Geopark. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.