Keluar kata-kata kesat kerana kad akses tak boleh guna

Keluar kata-kata kesat kerana kad akses tak boleh guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya kerana kad akses tidak boleh digunakan, seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan bertugas di sebuah kawasan kediaman di Taman Sri Sentosa dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian berkenaan, satu laporan polis dibuat seorang individu berusia 46 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan berdasarkan laporan tersebut mendapati, kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai penghuni kediaman tersebut yang memandu sebuah kereta jenis BMW.

“Suspek dikatakan membuat kekecohan beberapa kali dan enggan memberikan kerjasama terhadap pengawal keselamatan ketika kejadian.

“Selain itu, suspek turut dilihat memarahi dan memaki pengawal keselamatan bertugas dengan perkataan yang kesat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Katanya, siasatan mendapati punca pertengkaran disebabkan kad akses masuk suspek dipercayai tidak dapat digunakan.

“Kejadian tersebut sekali gus mengakibatkan berlakunya pertengkaran antara suspek dan pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut.

“Perkara tersebut kemudian diselesaikan secara baik antara suspek dan pengawal keselamatan terlibat dan laporan polis yang dibuat sebelum ini turut ditarik balik,” katanya.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

“Perkara tersebut diselesaikan secara baik dan semua pihak terlibat tidak mahu polis meneruskan siasatan.

“Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polisberdekatan,” katanya.

Semalam, tular rakaman video di Twitter memaparkan pertengkaran antara seorang individu dengan pengawal keselamatan di sebuah kawasan kediaman di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN