Kejatuhan Ringgit bukan sebab tiada Menteri Kewangan sepenuh masa - PM

Kejatuhan Ringgit bukan sebab tiada Menteri Kewangan sepenuh masa – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Kejatuhan nilai matawang Ringgit negara tidak ada kena-mengena dengan ketiadaan seorang Menteri Kewangan yang ‘bekerja’ sepenuh masa.

Perdana Menteri, Datuk Seri, Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya, ia disebabkan dasar Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi kedudukan mata wang negara.

“Suruh orang yang cadang itu baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan Pas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd. Syahir Che Sulaiman yang menggambarkan Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan yang bertugas sepenuh masa dan boleh memberi tumpuan terhadap negara.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit telah menyusut berbanding Dolar AS dan matawang lain sehingga mencecah paras RM4.60/USD, dan dijangka boleh mencecah paras RM5.00/USD jika tidak dikawal. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya