Kedah Aerotropolis hab kembang teknologi dron

Kedah Aerotropolis hab kembang teknologi dron

ISMAIL Sabri Yaakob (tiga dari kanan) ketika merasmikan Kongres Dron Dunia ke-7 di Hotel Intercontinental Shenzhen China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedah Aerotropolis adalah salah satu hab dron yang telah membantu perkembangan penggunaan teknologi pintar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan Malaysia juga telah mula menggunakan teknologi dron ketika negara dilanda pandemik kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bagaimana pasukan tentera Malaysia dan polis mengguna pakai sistem dron atau UAV ini semasa negara menghadapi cabaran pandemik Covid-19, kira-kira tiga tahun lalu.

“Sistem dron ini amat berguna ketika dunia dilanda wabak Covid-19 kerana manusia tidak perlu turun padang memantau keadaan sekeliling tapi hanya menggunakan sistem dron untuk membantu kerajaan mengawal Covid-19 daripada merebak.

“Setiap koridor di Malaysia juga mempunyai hab dron yang tersendiri seperti Kedah Aerotropolis serta Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ) yang akan menjadi pencetus kepada sistem ekologi bandar pintar,” katanya dalam ucapan perasmian pembukaan Kongres Dron Dunia ke-7 di Shenzhen China.

Ismail Sabri menyampaikan ucapan itu sempena Kongres Dron Sedunia yang ketujuh anjuran World UAV Federation yang merupakan sebuah organisasi yang menjadi peneraju kepada industri UAV dan turut memainkan peranan dalam mempromosikan pembangunan industri serta teknologi UAV di seluruh dunia.

Kongres yang melibatkan 40 buah negara sebagai ahli persekutuan dan delegasi daripada 90 buah negara itu berlangsung dari hingga 4 Jun ini.

Jelas Ismail Sabri, sektor pertanian di Malaysia sudah mula menggunakan dron secara intensif dalam aktiviti pemetaan ladang, pemeriksaan tanah, pembajaan dan peracunan.

Beliau juga mencontohi sebuah agensi Kerajaan Malaysia yang menggunakan dron untuk mengawal selia ladang kelapa sawit miliknya seluas hampir 900 ribu hektar.

“Sistem dron atau UAV telah berkembang luas melangkaui sektor ketenteraan malah kini banyak digunakan di sektor perusahaan dan pertanian termasuk dimiliki sendiri oleh orang awam.

“Kawasan yang ditetapkan ini menyediakan persekitaran khusus untuk pembangunan dron, ujian dan penggunaan rekreasi, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam industri dron,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN