Kanak-kanak lelaki diselamatkan selepas didera bapa tiri

Kanak-kanak lelaki diselamatkan selepas didera bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penderitaan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera bapa tirinya di rumah mereka di Sri Rampai sejak beberapa minggu lalu berakhir apabila dia diselamatkan polis.

Kanak-kanak itu diselamatkan sebaik sahaja satu laporan polis dbuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat petang semalam.

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, susulan daripada itu, polis seterusnya menahan ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan pukul 8 malam tadi untuk membantu siasatan.

Kata beliau, pemeriksaan terhadap mangsa menemukan kesan lebam di badan dan kaki. 

“Ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan akan direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Taman Bukit Cheras di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, ujian air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati bapa tiri kanak-kanak berkenaan positif dadah jenis methamphetamin.

Berdasarkan soal siasat, kanak-kanak berkenaan didakwa didera kerana nakal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN