‘Kalau harga gula naik RM1, hari ini perang dunia keempat, kelima’

PARLIMEN: ‘Kalau harga gula naik RM1, hari ini perang dunia keempat, kelima…’

SALAHUDDIN Ayob ketika menjawab sesi penerangan berkenaan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran Gula Putih Bertapis Jernih di Dewan Rakyat, hari ini. - IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengilang, pemborong mahupun peruncit yang melanggar undang-undang berhubung penjualan gula putih bertapis jernih.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, terdapat akta yang boleh mengheret mereka ke muka pengadilan sekiranya berlaku sebarang kesalahan dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini.

“Kalau ada yang jadi mangsa ingin beli gula murah, tetapi meletakkan syarat perlu membeli gula mahal, kita ada banyak akta yang boleh heret mereka ke muka pengadilan.

“Sama ada pengilang, pemborong mahupun peruncit, sekiranya mereka bermain-main, berkomplot dengan harga gula rakyat, mereka akan didakwa dan disaman di mahkamah. Mereka akan disenarai hitam.

“Nangislah air mata berdarah di pejabat saya, saya tidak akan kompromi demi rakyat. Itu jaminan yang kita berikan kepada mereka yang suka main-main dalam hal ini,” tegasnya ketika menjawab sesi penerangan berkenaan kebenaran oleh kerajaan terhadap pengeluaran Gula Putih Bertapis Jernih di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kebimbangan ahli Parlimen yang mungkin terdapat gula pasir murah yang disorok bagi tujuan keuntungan, sekali gus meletakkan orang ramai menjadi mangsa.

Salahuddin dalam masa yang sama turut memaklumkan tindakan kerajaan mewujudkan harga gula premium ini adalah bagi meraikan industri dengan menjadikan minyak yang mempunyai pelbagai kategori sebagai contoh bagi memenuhi kehendak pelanggan.

“Kalau ikut harga gula di rantau asia, kita masih RM2.85, Thailand RM3.45, Indonesia RM4.67 sen, Kemboja RM5.54 sen, Vietnam RM6.49 sen. Mereka akan kata, jangan banding sana sini, apa tugas kerajaan? Harga bahan mentah, jualan 2021 dah naik dua kali ganda, kerajaan ada pilihan untuk raikan industri.

“Kalau naik RM1, hari ini perang dunia keempat, kelima dalam Dewan ini.. tetapi kerajaan mengambil sikap yang sangat cermat, bagaimana caranya?

“Kita beri pilihan macam analogi yang mungkin tidak 100 peratus tepat..RON 95 kita kawal, tapi kita buka RON 97 dan RON 100 kerana ada pelanggannya, ada yang nakkan kualiti minyak seperti itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN