JBPM Selangor tolak lebih 50 peratus permohonan perakuan pelan - Utusan Malaysia

JBPM Selangor tolak lebih 50 peratus permohonan perakuan pelan

Perakuan pelan
WAN Md. Razali Wan Ismail (kiri) menyaksikan penyerahan tugas jawatan Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor daripada Hafisham Mohd. Noor (kiri) kepada Muhammadul Ehsan Mohd. Zain (kanan) di Ibu pejabat JBPM Selangor, di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 50 peratus daripada 2,433 perakuan pelan melibatkan bangunan-bangunan komersial di seluruh negeri ini ditolak Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Selangor, dari Januari hingga Mei ini berikutan tidak mematuhi piawaian keselamatan.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, jumlah yang ditolak adalah sebanyak 1,310 berikutan pelan yang dikemukakan oleh perunding tidak mereka bentuk laluan keluar dari bangunan apabila berlaku kecemasan.

“Selain itu, pihak perunding tidak mereka bentuk laluan untuk jentera bomba masuk ke bangunan klien mereka sekiranya bomba hadir ke bangunan itu,” katanya selepas majlis perhimpunan bulan Jun 2023 dan Majlis Nota Serah dan Terima Tugas di ibu pejabat JBPM Selangor, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Wan Md. Razali menyaksikan penyerahan tugas jawatan Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, iaitu daripada Hafisham Mohd. Noor kepada Muhammadul Ehsan Mohd. Zain dan beberapa ketua balai bomba dan penyelamat.

Melihat kepada jumlah penolakan permohonan itu, menurutnya, JBPM Selangor akan mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan isu penolakan permohonan perakuan pelan.

“Bagi pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), sebanyak 631 projek diberi kelulusan tersebut berbanding 135 ditolak pada tahun lalu.

“Semua permohonan CCC dan perakuan pelan adalah termaktub di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya