Insiden kanak-kanak tertelan cecair vape perlu buka mata bahaya peranti e-rokok - Utusan Malaysia

Insiden kanak-kanak tertelan cecair vape perlu buka mata bahaya peranti e-rokok

N. V. SUBBAROW menunjukkan data yang dikeluarkan WHO berkenaan terdapat 16,000 perisa cecair nikotin vape yang diju di pasaran dengan kebanyakannya bertujuan menarik minat kanak-kanak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik (vape) jenis pakai buang seharusnya membuka mata pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengambil langkah drastik dalam mengawal industri vape.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow berkata, insiden seperti itu boleh dijangka berlaku memandangkan terdapat banyak cecair vape berperisa buah-buahan dijual di pasaran sekali gus menarik minat dan mengelirukan kanak-kanak.

Malah, ujar beliau, data dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak tembakau global pada 2021 turut menyebut terdapat kira-kira 16,000 cecair vape yang kebanyakannya dengan perisa buah-buahan, coklat dan rasa manis dijual di pasaran dengan majoritinya bertujuan menarik minat kanak-kanak.

“Industri tembakau mengelirukan anak-anak muda dengan menjual racun nikotin dan ketika ini, terdapat beribu-ribu kanak-kanak dari umur enam hingga 12 tahun menjadi penagih vape (vapeholics).

“Kanak-kanak ini percaya bahawa cecair berasaskan nikotin dihasilkan oleh buah-buahan kerana baunya seperti buah-buahan, coklat dan perisa manis atau gula- gula.

“Malah, semasa program kesedaran anti vape dan e-rokok yang dijalankan oleh CAP, anak-anak muda ini mengakui cecair vape itu diperbuat daripada buah-buahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, KKM mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas di Bera, Pahang, bulan lalu disyaki mengalami keracunan nikotin akut.

Menurut kenyataan KKM, kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik itu dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik (vape) jenis pakai buang.

Mangsa ditemukan oleh datuknya bersama vape pakai buang pada 30 Mei lalu.

Dalam pada itu, Subbarow menggesa KKM mengambil langkah segera terhadap cecair vape kimia yang banyak dijual di kedai dan gerai tepi jalan tanpa sebarang kawalan.

Malah, tegasnya, KKM juga tidak seharusnya membuang masa lagi untuk menyelamatkan generasi muda daripada merosakkan nyawa mereka dengan cecair nikotin beracun yang dijual kepada mereka sebagai perisa buah-buahan.

“KKM seharusnya segera mengharamkan vape dan e-rokok kerana semakin lama KKM menunggu untuk mengambil tindakan, semakin ramai kanak-kanak akan ketagih terhadap vape,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.