HWC Coffee Membuka Flagship Store dan Akademi Kopi - Utusan Malaysia

HWC Coffee Membuka Flagship Store dan Akademi Kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menggagas Era Baru dalam Dunia Kopi!

HWC Coffee Malaysia, jenama rangkaian kopi istimewa pertama negara, bakal membuka kedai utamanya pada bulan Jun 2023. Berbeza dengan kafe-kafe yang biasa, kedai utamanya ini akan menggabungkan ruang jualan dan akademi kopinya sendiri, dengan misi untuk merevolusikan industri kopi.   

Setelah lebih setahun bertapak di pasaran Malaysia, HWC Coffee kini amat teruja untuk membuka kedai utamanya dan akan memperkenalkan lapan variasi biji kopi terbaharu bagi memberikan lebih kenikmatan buat penggemar kopi. Meletakkan fokus pada hand-brewed coffee, kedai utama ini dilihat berpotensi untuk mengukuhkan kedudukan HWC dalam pasaran kopi istimewa. 

HWC Coffee Academy, yang dijangkakan mula beroperasi pada bulan Julai ini, akan menawarkan kursus penyediaan kopi profesional, pada masa yang sama memberi peluang kepada penggemar kopi untuk memahami jenis kopi lebih mendalam. Selain itu, untuk terus meningkatkan perkhidmatan pelanggannya, pelanggan HWC Coffee kini boleh membuat pesanan dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi mudah alih HWC Coffee. 

Bertempat di kawasan kejiranan yang matang namun meriah, kedai utama ini dikhususkan untuk memenuhi keperluan penggemar kopi, meletakkan posisinya sebagai jenama kopi istimewa yang premium. Rona putih di seluruh kedai memberikan aura serba bersih, segar dan minimal. Menampilkan sentuhan minimalis dalam rekaan dalamannya, kedai ini juga menyediakan pelbagai pilihan tempat duduk, memberikan para pelanggan kebebasan dalam mencari tempat duduk yang menepati citarasa masing-masing. Sama ada anda mencari persekitaran kerja yang kondusif atau tempat untuk bersosial dengan rakan-rakan, anda boleh menikmati kopi anda dalam suasana yang tenang dan nyaman. 

Majlis perasmian HWC Coffee Flagship Store & Academy telah diserikan oleh Pengasas HWC Coffee, Penny Lim; pengasas HWC Coffee Malaysia, Hoe Kian Choon; Ketua Pegawai Eksekutif, Zenda Ng; Ketua Pegawai Operasi, Penny Chan; Perunding Pemasaran HWC, Sam Mak; dan Pengarah Pemasaran, Edmund Lai, rakan kongsi perniagaan Vincent Chin dan HWC Friends Natasha.

KETUA Pegawai Eksekutif HWC Coffee Malaysia, Zenda Ng.

Di majlis perasmian tersebut, Zenda Ng telah melancarkan satu siri biji kopi istimewa serba baharu, termasuk biji kopi bermusim – HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean yang telah memperoleh skor 93/100 mata dalam penilaian Coffee Review.

Tujuh tambahan single origin baharu yang lain termasuk Ethiopia Yirgacheffe, Kenya AA FAQ, Columbia Huila El Divino Niño, Indonesia Blue Diamond Golden Mandheling, Costa Rica La Minita El conquistador, Guatemala Huehuetenango SHB, dan Brazil Ipanema Estate Dulce. Setiap jenis biji kopi ini telah dipilih dengan teliti oleh HWC Coffee untuk penggemar kopi di Malaysia. mulai hari ini, orang awam dapat menikmati kopi-kopi yang disebutkan di kedai utama kami. Bijian kopi akan tersedia untuk pembelian di kedai dan dalam talian mulai bulan Julai.

Zenda Ng turut menerangkan tentang variasi profil rasa kesemua jenis biji kopi istimewa yang baru dilancarkan ini. Semasa membincangkan Yirgacheffe Ethiopia panggang sederhana ringan, beliau menekankan akan gabungan nota bunga dan buah yang menarik. Tambahnya, biji-biji kopi lain termasuk dalam kategori medium-dark dan dark roast.

Kedai utama HWC adalah yang pertama di Malaysia untuk menawarkan kopi hand-brewed coffee di lokasi. Pencinta kopi boleh menikmati pelbagai biji kopi yang baru dipanggang yang diperoleh daripada sumber yang berbeza, masing-masing dengan profil rasa yang unik. Pelanggan boleh memilih mod bru pilihan mereka, termasuk tuangan V60 dan Press Brewing coffee, untuk pengalaman menikmati rasa kopi yang berbeza.

“Ini merupakan satu pencapaian dalam mempromosikan kopi istimewa berkualiti tinggi di samping memenuhi permintaan penggemar kopi di Malaysia untuk menikmati kopi terbaik.” 

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengembangkan perkhidmatan hand brewed di cawangan -cawangan HWC Coffee terpilih yang memenuhi kriteria, untuk membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati kopi yang dibru oleh HWC pada bila-bila masa.  

Untuk terus memberikan pengalaman dan perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan, HWC Coffee amat teruja untuk mengumumkan pelancaran rasmi aplikasi mudah alih HWC Coffee pada bulan Jun, yang membolehkan pelanggan meneroka pelbagai ciri dan faedah, semuanya di hujung jari mereka. Sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang memuat turun aplikasi dan mendaftar sebagai ahli akan menikmati tawaran masa terhad untuk membeli secawan Americano atau Latte dengan hanya RM1.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati kemudahan HWC Delivery melalui aplikasi mudah alih ini, dengan diskaun sehingga RM18. Selain kemudahan membeli kopi kegemaran, terdapat juga beberapa keistimewaan eksklusif untuk ahli, juga cenderahati dan aksesori. Dengan setiap pembelian yang dibuat melalui aplikasi, pelanggan boleh memperoleh mata kesetiaan, yang kemudiannya boleh ditebus untuk baucar tunai, membolehkan mereka memaksimumkan simpanan keseluruhan mereka.

KETUA Pegawai Operasi HWC Coffee Malaysia, Penny Chan (dari kiri) diikuti HWC Friends Natasha, Pengerusi HWC Roaster Joe Huang; Ketua Pegawai Operasi HWC Roaster Penny Lin; Pengasas HWC Coffee Malaysia, Hoe Kian Choon; Rakan Kongsi Perniagaan, Vincent Tan; Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee Malaysia, Zenda Ng; Perunding Pemasaran HWC, Sam Mak dan Pengarah Pemasaran, Edmund Lai.

Sebagai ahli HWC yang dihargai, pelanggan layak menikmati beberapa keistimewaan, termasuk tawaran hari lahir dan promosi eksklusif.

Menurut Ng, aplikasi ini akan berfungsi sebagai pengantara untuk memupuk hubungan rapat antara HWC Coffee dan pelanggannya. “Kami sedang menyelidik cara untuk menjadikan aplikasi HWC Coffee lebih berperibadi. Dengan menganalisis sejarah pembelian dan pilihan pelanggan, kami akan menawarkan cadangan kopi yang khusus berdasarkan pilihan rasa individu. Ciri ini membolehkan pelanggan mencuba perisa kopi baharu dengan mudah dan menerokai dunia kopi dengan lebih menyeronokkan dan mengujakan,” tambahnya.

Sepanjang 15 bulan yang lalu, HWC Coffee Malaysia telah melebarkan sayapnya di seluruh Malaysia, dengan pembukaan hampir 30 brand stores di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching dan Seremban. Cawangan-cawangan ini terletak dengan strategik di pusat beli-belah utama, kawasan komersial yang sibuk, universiti dan daerah perbankan. Sejak penubuhannya, HWC Coffee telah mendapat pengiktirafan pelanggan dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, hasil komitmennya untuk menyajikan kopi istimewa kepada penggemar kopi. Pada bulan Mei, jenama ini mencapai satu lagi kejayaan dengan membuka kedai utamanya di Brunei.

Menurut Ng, HWC Coffee terus utuh dalam usaha mencapai sasaran tahunannya iaitu membuka 50 buah cawangan di seluruh negara, dengan syarikat kini hampir mencecah 50% daripada sasarannya. Dalam suku kedua tahun ini, syarikat telah berjaya mengembangkan perniagaan ke Pulau Pinang dan Seremban, selain membuka dua lagi cawangan baharu di Kuching. 

“Kami jangkakan dalam separuh kedua tahun ini, HWC Coffee akan terus melebarkan sayapnya ke Johor, Sabah dan Melaka,” ujar Ng. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari HWC Coffee Malaysia di www.hwccoffee.my dan muat turun aplikasi mudah alih HWC Coffee Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN