Hidayah milik Allah - Haqiem Rusli - Utusan Malaysia

Hidayah milik Allah – Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Hidayah milik Allah’.

Demikian jawapan penyanyi, Haqiem Rusli berhubung kontroversi yang melanda isterinya, Anis Sofea selepas tidak lagi bertudung.

Pelantun lagu Tergantung Sepi itu juga meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan pasangan.

“Saya dan Sofea tahu apa yang berlaku sekarang. Kami tak mahu terlalu agresif dalam media sosial.

“Kita ambil mana yang baik dan buang mana yang buruk,” katanya ketika ditemubual oleh Keanu Azman dan Hawa Rizwana dalam rancangan Meletop, baru-baru ini.

Sebelum ini, Anis dihentam teruk apabila dilihat sudah menanggalkan tudung dan hanya mengenakan selendang yang memperlihatkan bahagian rambutnya.

Bagaimanapun, Anis memilih untuk mengunci mulut apabila tidak memberi sebarang kenyataan atas kecaman mengenai isu terbabit.

Untuk rekod, Anis dan Haqiem selamat bergelar sebagai pasangan suami isteri selepas bernikah di Masjid Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya