Hibah untuk 6 anak - Utusan Malaysia

Hibah untuk 6 anak

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Saya telah berkahwin selama 30 tahun dan dalam tempoh itu separuh gaji saya digunakan menanggung makan minum keluarga. Suami membayar keperluan keluarga kecuali makan dan minum. Lebihan gajinya pula untuk membeli harta dan meletakkan semua harta itu atas namanya seorang. Saya ada membuat potongan gaji setiap bulan di Tabung Haji. Rumah yang saya duduki pemberian arwah ibu. Emas yang saya pakai juga pemberian arwah ibu. Bolehkah saya hibahkan semua harta ini kepada 6 anak saya dengan dibahagi sama rata tanpa nama suami? Suami saya juga sudah ada cukup harta. Boleh tolong Ustaz jelaskan?

Ita
Johor

Jawapan
Boleh dihibahkan segala harta puan kepada anak-anak puan tanpa suami selagi puan berada di dalam sihat dan waras sebab itu adalah harta milik puan.

Dah tua, tak perlu pakai tudung?

Soalan
Ustaz, betulkah perempuan yang berusia 65 tahun ke atas tidak perlu pakai tudung kerana tidak menimbulkan rasa syahwat lelaki yang melihatnya?

Din
Kuala Lumpur

Jawapan
Dalam keadaan tua sedemikian yang sudah menjangkaui 65 tahun ke atas yang disebut qawaid min al nisa dilonggarkan sedikit pemakaian mereka sekiranya tidak mempunyai syahwat untuk tidak mahu berkahwin lagi sekiranya ibu tunggal. Sekiranya masih ada minat berkahwin maka dia tidak terkecuali daripada menutup auratnya seperti wanita lain, namun yang terbaik menutup aurat itu lebih baik.

Mantera dari media sosial

Soalan
Apakah hukumnya mengamalkan mantera dari media sosial untuk cantik atau menjadikan suami sayang sedangkan mantera itu amat meragukan.

Nora
Perak

Jawapan
Hukum mengamalkan mantera di media sosial tanpa sumber yang sahih adalah wajar dijauhkan. Amalkan zikir-zikir yang sahih yang datang daripada Nabi yang di dalam kitab al-azkar imam Nawawi.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya