Haqimi Azmi digugurkan dalam skuad Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Haqimi Azmi digugurkan dalam skuad Harimau Malaya

KIM Pan Gon (kanan) melihat sesi latihan skuad Harimau Malaya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, petang tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penyerang muda KL City FC,  Azim Rosli digugurkan daripada skuad Harimau Malaya bagi dua perlawanan antarabangsa Tier 1 dengan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea akibat masalah kesihatan.

Menurut pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-Gon, pemain berusia 20 tahun itu tidak dapat melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Jurulatih berasal Korea Selatan itu berkata, buat masa ini dia tidak berhasrat mendapatkan pengganti di posisi tersebut sebaliknya mahu menguji baki 26 pemain yang ada.

“Kami menunggu kehadiran Haqimi sehingga semalam namun dia terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan persahabatan ini kerana mengalami demam.

“Kecuali Haqimi, semua pemain yang dipanggil berada dalam keadaan terbaik cuma pemain Terengganu FC (TFC) dan beberapa dari Johor Darul Ta’zim (JDT) belum melapor diri,” katanya ketika ditemui di sini, petang tadi.

Aksi perlawanan persahahatan pertama melibatkan pasukan Kepulauan Solomon pada 14 Jun dan pertarungan kedua dengan Papua New Guinea, 20 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pan-Gon ditemui ketika sesi latihan pertama pasukan kebangsaan yang disertai 14 pemain antaranya Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Lee Tuck, Faisal Abdul Halim dan Paulo Josue.

Turut memperkuatkan skuad Harimau Malaya kali ini adalah Junior Eldstal, Mukhairi Ajmal Mahadi, Daniel Ting, Stuart Wilkin, Endrick Dos Santos dan penjaga gol, Azri Abd. Ghani.

Bagaimanapun, kelibat dua pemain iaitu penyerang, Shahrel Fikri Mohd. Fauzi dan tonggak muda berpengkalan di Finland, Nooa Laine difahamkan akan tiba dalam masa terdekat.

Menurut Pan-Gon lagi, dia mahu menjadikan dua perlawanan Tier 1 itu sebagai medan untuk terus membaiki ranking Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-138 dunia.

“Pertemuan dengan dua negara Oceania ini sedikit berbeza dan mencabar bagi kita kerana pasukan itu memiliki kelebihan fizikal, jadi ianya ujian yang baik untuk Malaysia.

“Saya ingin melihat bagaimana pemain-pemain boleh mengawal permainan selain meneruskan momentum kemenangan di gelanggang sendiri untuk meningkatkan ranking FIFA.

“Kami juga mahu memenangi dua perlawanan di Terengganu kerana ini kali pertama Malaysia beraksi di sini dan berharap dapat menampilkan persembahan terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya