Gostan bukan projek syok sendiri – Loque - Utusan Malaysia

Gostan bukan projek syok sendiri – Loque

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HADIR dengan karya nyanyian semula, Dia Datang menerusi kumpulan baharu, Gostan, ada yang tertanya-tanya, mengapa tidak Monoloque sahaja yang mendendangkan lagu tersebut?

Mengapa perlu bekerjasama dengan penyanyi, Asmidar dan membentuk Gostan yang dianggotai oleh pemuzik yang sama? Apa bezanya Gostan dan Monoloque? Apa hala tuju kedua-dua kumpulan?

Malah ada juga yang mendakwa Gostan hanyalah satu projek seni syok sendiri. Ditubuhkan untuk kepuasan peribadi, bukan untuk muzik.

Jawablah mendapatkan Loque. Selaku teraju utama kedua-dua kumpulan, Loque punya penjelasan sendiri. Loque, Jawablah!

Mungkin ada yang keliru dengan hala tuju Monoloque selepas kelahiran Gostan. Apa perbezaan kedua-dua kumpulan yang dianggotai orang yang sama namun menampilkan Asmidar sebagai penyanyi bersama?

Gostan ini adalah satu projek khas menampilkan Asmidar. Gostan adalah satu penghargaan untuk karya-karya legenda muzik kita. Sebab itu, kami melancarkan nyanyian semula seperti Dia Datang.

Ada yang cakap, mereka tidak faham karya Monoloque. Tetapi untuk Gostan, kami tidak mengubah struktur lagu tetapi cuma menambah warna dan sentuhan identiti Monoloque tanpa mengubah originaliti karya tersebut.

Bukan semua boleh menerima lagu lama yang diberi nafas baharu. Ada yang kurang senang kerana bagi mereka, keaslian dan keindahan melodi lagu lama akan berubah jika diberi nafas baharu. Bagaimana Loque melihat perkara tersebut?

Itu bezanya Monoloque dan Gostan. Saya hormat dan faham jika ada yang kecam karya yang dinyanyikan semula oleh Monoloque. Tetapi Gostan tidak akan menukar chord lagu secara drastik.

Kami memastikan keaslian lagu terjaga. Cuma ini adalah projek tribute kepada lagu-lagu tersebut dengan citarasa kami sendiri. Kalau bukan kita yang martabat lagu lama, siapa lagi kan?

Jika ada yang beranggapan Gostan ini hanyalah satu projek syok sendiri, apa pendapat Loque? Betul ke ini sekadar satu kerjasama untuk kepuasan peribadi semata?

Sebelum ini pun kami sudah banyak kali menerima kecaman dan kata-kata kononnya kami syok sendiri. Bukan dari warganet, malah ada kalangan peminat sendiri turut mempertikaikan pilihan kami.

Bagi saya secara peribadi, seni itu tidak patut dipenjarakan. Seorang seniman itu harus bebas. Kalau cakap pasal kritik ini, kita tak buat apa pun orang akan kecam. Sekurang-kurangnya, ada juga inisiatif saya untuk hargai legenda kita.

Bagaimana Loque melihat pasaran lagu-lagu lama dan tradisional sekarang? Ada yang suka dan ada juga yang tidak suka kan?

Hakikatnya, kita ada ramai pendengar dan peminat muzik yang meraikan lagu-lagu tradisional dan karya-karya legenda. Lihat sahaja sambutan terhadap album Belagu oleh Dayang Nurfaizah.
Bagi saya, kita harus bersama meraikan muzik tempatan.

Apalah erti usaha jika tiada sokongan. Saya tidak kisah kalau sokongan itu kurang. Tiada istilah merajuk pun. Saya mahu mengajar generasi muda, betapa indahnya seni muzik kita.

Bagaimana pula dengan pemilihan lagu yang dinyanyikan semula? Ada perancangan untuk hasilkan satu album penuh?

Ada beberapa lagu yang sudah kami persetujui. Tidak ada kriteria tertentu pun. Bila rasa sesuai, kami rakam. Untuk album pula, kami tidak mahu terburu-buru. Buat masa sekarang, kami merancang untuk menghasilkan satu lagu dalam masa tiga bulan.

Setiap karya yang dipilih akan diberi nafas berbeza. Mungkin bila cukup 10 lagu, baru kami akan himpunkan dalam satu album.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya