Gandingan Razarudin, Ayob Khan mantap - Utusan Malaysia

Gandingan Razarudin, Ayob Khan mantap

SAIFUDDIN Nasution Ismail berucap ketika sidang akhbar pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail percaya gabungan Ketua Polis Negara serta timbalannya mantap dalam meneruskan kecemerlangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku institusi penguatkuasaan terulung di negara ini.

Beliau berkata, pengalaman Tan Sri Razarudin Husain serta kepimpinan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilihat dapat meneruskan reputasi PDRM bagi menjaga ketenteraman dan keamanan negara.

“Saya mempunyai harapan sangat jelas dan keyakinan sangat utuh agar PDRM di bawah kepimpinan Razarudin dapat meneruskan kelangsungan dan kecemerlangan yang ditinggalkan Tan Acryl Sani Abdullah Sani.

“Dengan gabungan baru Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara saya percaya ini gandingan sangat mantap dan baik dengan pengalaman Razarudin dan kualiti kepimpinan ditunjukkan Ayob Khan selama ini akan membolehkan pihak polis khususnya meneruskan reputasi sebagai penguat kuasa terbesar dalam negara,” katanya dalam sidang akhbas selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas KPN dan Timbalan KPN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, berlangsung Majlis pemakaian pangkat serta watikah pelantikan antara antara Acryl Sani dan Razarudin serta Ayob Khan yang disaksikan Saifuddin.

Turut berlangsung, upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di antara Pengerusi Perkep Malaysia, Puan Seri Zaiton Mohd. Isa dengan Puan Seri Zainah Othman, Naib Pengerusi Perkep serta Datin Seri Zalena Mohd. Ariffin.

Dalam pada itu, Saifuddin dalam ucapannya berkata, isu agama, raja, kaum (3R) antara fokus utama Razarudin serta Ayob Khan selepas pelantikan mereka, hari ini.

“Isu ini dilihat membimbangkan malah ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini ada membincangkan mengenai perkara ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan Saifuddin mengumumkan pelantikan secara kontrak selama dua tahun sehingga 22 Jun 2025, Razarudin sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN