Fisol Salleh Ketua Polis Kedah baharu

Fisol Salleh Ketua Polis Kedah baharu

AZRI Ahmad menyaksikan majlis penyerahan dokumen serah terima tugas antara Wan Hassan Wan Ahmad (kiri) kepada Fisol Salleh di IPK Kedah, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu menggantikan Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang berpindah ke Bukit Aman.

Fisol, 56, yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang sebelum ini memulakan tugas baharunya setelah acara Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Majlis tersebut disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad dengan kehadiran Wan Hassan yang memegang jawatan Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman sejak 22 Mei lalu.

Azri ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin Fisol yang juga anak kelahiran Jitra, Kubang Pasu dekat sini dapat memimpin polis Kedah dengan cemerlang.

“Saya yakin beliau menjadi sandaran kukuh dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keamanan negeri Kedah iaitu negeri kelahirannya akan lebih terjamin.

“Kenaikan pangkat serta pelantikan ini dibuat secara bijaksana setelah mempertimbang kredibiliti dan daya kepimpinan yang dimiliki beliau untuk menggendong tanggungjawab serta meneruskan legasi kepimpinan tertinggi kontinjen Kedah sebelum ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya