Finas tamat kontrak CEO hari ini - Utusan Malaysia

Finas tamat kontrak CEO hari ini

MD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menamatkan kontrak Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) agensi tersebut berkuat kuasa hari ini.

Finas dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan badan itu melakukan penstrukturan semula atau recalibration ke atas dasar, program dan aktiviti kreatif bagi menghasilkan filem tempatan yang berkualiti.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu penggiat filem tempatan menghasilkan filem-filem berkualiti yang mempunyai nilai pasaran dan antarabangsa yang tinggi.

“Finas mengucapkan selamat maju jaya kepada Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim dan semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dalam apa jua bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan itu juga memaklumkan, sepanjang tempoh interim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas, Rozita Waty Ridzuan akan mengambil alih tugas tersebut.

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan perlantikan Md Nasir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 31 Oktober 2021 hingga 20 Oktober 2023.

Pelantikan beliau menggantikan bekas CEO terdahulu, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mengakhiri tugas 15 Oktober 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya