Menyedari hakikat kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) Universiti Utara Malaysia (UU M) dan Bursa Malaysia menganjurkan program Super Circle English yang dilaksanakan oleh Kursi Bursa Malaysia SEFB di Pusat Konvensyen, UUM, baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr. Russayani Ismail, berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalah perlu sebagai nilai tambah yang lebih tinggi, sekali gus membolehkan negara bergerak pantas ke arah mencapai ekonomi pengetahuan dengan pendapatan yang lebih baik.
“Pembelajaran Bahasa Inggeris dilihat sukar tetapi amat perlu khususnya dalam berkomunikasi sama ada bagi tujuan perbincangan dan berinteraksi sama ada dalam pembelajaran atau pun berkomunikasi ,” kata Russayani.
Katanya lagi, lebih 150 pelajar UUM mendaftarkan diri sebagai peserta program dan lebih 30 orang pelajar telah mendaftar sebagai mentor yang telah menjalani temuduga bersama pensyarah secara dalam talian.-utusan