Bumbung runtuh: IKIM diarah ambil langkah segera elak kejadian berulang

Bumbung runtuh: IKIM diarah ambil langkah segera elak kejadian berulang

KEADAAN runtuhan di dewan IKIM, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) diarahkan supaya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menyiasat insiden bumbung runtuh di institut itu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau mahu Ketua Pengarah mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dilakukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Saya telah dimaklumkan berkaitan kejadian bumbung Dewan Besar IKIM yang runtuh pada pagi semalam yang turut mengakibatkan kecederaan ringan lima orang kakitangan IKIM.

“Saya mendoakan lima orang kakitangan berkenaan diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.55 pagi itu, bumbung Dewan Besar IKIM runtuh menyebabkan lima kakitangan IKIM cedera ringan.

Insiden berlaku ketika beberapa orang kakitangan sedang membuat latihan bagi penganjuran program Tribute Tan Sri Mohd. Kamal Hassan yang dijadualkan pada 2 Jun ini di dewan yang sama.

Berikutan insiden itu, IKIM akan memohon kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian bumbung runtuh itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya