Beza pendapat tidak bermakna beri hak mencela, jatuh hukum - PM

Beza pendapat tidak bermakna beri hak mencela, jatuh hukum – PM

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Jun Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Budaya meraikan pendapat harus dikembangkan dalam kalangan penjawat awam dengan tidak sekali-kali terus menjatuhkan hukum terhadap sebarang perbezaan idea kerana ia tidak bermakna memberi sijil atau hak sesiapa pun untuk mencela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dalam perbincangan ketua-ketua jabatan atau pegawai yang ada pengkhususan bidang itu patut bersedia memberi pandangan mereka selain dari ketua yang ditugaskan.

Kata beliau, dengan cara ini setiap musyawarah dan perbincangan bersama akan menjadi lebih bermakna dan berkesan sebagaimana ajaran Islam dalam hal berkaitan adab perbezaan pandangan.

“Dalam pemahaman Islam, walaupun tidak bersifat melampau, tetapi dalam keadaan biasa apabila orang bertanya dan pertikai, jangan cepat kita menghukum.

“Dengan pembenturan dan percanggahan idea, dalam merangka dasar ekonomi, pendidikan dan sebagainya, umpamanya sekarang ini kita sedang melakukan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menentukan hala tuju, saya cuba melontarkan idea Madani tetapi tidak mengekang kita untuk berbincang dan bersuara,” katanya ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bulan Jun, di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, dalam usaha perbincangan itu turut tidak membataskan kepakaran seseorang untuk melontarkan idea dan menerima pandangan mereka yang lebih arif.

Beliau berkata, perbezaan pendapat juga tidak semestinya menjadi perseteruan dan cepat untuk menghukum seseorang kerana tindakan itu boleh menyekat sebarang perbahasan daripada terus berlaku.

“Jangan kita cepat menghukum, sesat ke masuk neraka ke. Adab berbeda pendapat dalam Islam ini penting kerana yang bicara soal Islam itu tidak beradab walaupun kadang kala pandangan dia benar atau belum tentu benar.

“Tetapi kepantasan menjatuhkan hukum menyebabkan perbahasan dan perbicangan itu tidak akan berlaku. Semangat musyawarah harus lebih terbuka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya