Berita palsu: Jangan cepat mengulas - Khairuddin - Utusan Malaysia

Berita palsu: Jangan cepat mengulas – Khairuddin

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berita palsu: Jangan cepat mengulas – Khairuddin

Oleh ARIF AIMAN ASROL

[email protected]

PETALING JAYA: Setiap pemimpin politik terutama yang bergelar ustaz perlu menyemak dahulu kebenaran sesuatu berita sebelum dikongsikan supaya kesahihan maklumat itu dapat dipastikan.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, mereka tidak sepatutnya cepat mengulas sesuatu berita yang tidak pasti mengenai kebenaran maklumatnya.

Menurut beliau, tidak rugi sekiranya tidak menjadi orang terawal berkongsi sesuatu berita apatah lagi sekiranya berita disebarkan itu adalah palsu.

“Islam mengajar kita mengambil sikap ‘tabayyun’ menyemak dulu kebenaran. Dalam dunia media baharu yang tiada sempadan terlalu mudah satu berita palsu dilontar ke dalam group WhatsApp atau Facebook lalu dikongsi dan diulas.

“Sebaiknya mengambil sikap ‘tawakkuf’, menangguh dan berhenti sejenak sehingga ternyata kebenaran berita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Kenyataan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dipercayai merujuk kepada tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkongsi poster tertera ucapan tahniah buat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilantik sebagai Pengerusi  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut kemudiannya dipadam dan ADUN berkenaan memohon maaf serta memaklumkan bahawa pentadbir akaunnya yang mempromosikan poster tersebut.

Felda dalam satu kenyataan menafikan terdapat sebarang pelantikan baharu bagi jawatan Pengerusi yang kosong berkuat kuasa 30 Jun ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal sebagai Pengerusi Felda iaitu berkuat kuasa 30 Jun ini berbanding tarikh sepatutnya pada Mei tahun depan.

Dr. Mohd. Khairuddin berkata, berita-berita yang separuh masak juga tidak sepatutnya disebarkan terlebih dahulu.

“Malah berita separa masak pun wajar ditangguh kerana kita mungkin mendapat atau melihat satu sisi sahaja yang tidak lengkap sehingga menimbulkan persepsi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya