Belum terima laporan kekecohan menteri di KLIA - Anthony

Belum terima laporan kekecohan menteri buat kecoh di KLIA – Anthony Loke

ANTHONY Loke memberi cenderamata MyAirlines kepada orang ramai di KLIA Terminal 2, Sepang, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden kekecohan dicetuskan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci berhubung insiden tersebut.

“Saya belum dapat apa-apa laporan lanjut berkenaan insiden itu, saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku.

“Sudah tentu protokol keselamatan kena patuh, apapun kita serah kepada pihak berkuasa penerbangan untuk buat siasatan terperinci,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA Terminal 2 di sini hari. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa di KLIA bagi menyelamatkan seorang warga China yang ditahan masuk ke Malaysia.

Difahamkan, menteri itu yang mengetahui mengenai penahanan wanita warga China tersebut telah ke KLIA dan memasuki balai ketibaan tanpa memohon pas.

Terdahulu, Anthony Loke melancarkan laluan penerbangan baharu syarikat penerbangan tambang murah MyAirlines ke Bangkok, Thailand selain pelancaran ‘Student Programme’ yang menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya