Bayi lelaki baharu lahir ditinggalkan atas reban ayam

Bayi lelaki baharu lahir ditinggalkan atas reban ayam

BAYI lelaki baharu dilahirkan yang dibuang di atas reban ayam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki baharu dilahirkan ditemukan di atas reban ayam, tanpa sehelai pakaian di Kampung Jawa awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, bayi yang dipercayai ditinggalkan itu ditemukan oleh pemilik reban yang ingin memeriksa kawasan reban ayam miliknya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, lelaki tempatan berusia 51 tahun itu terkejut apabila menemukan seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan di atas reban miliknya.

Lelaki tersebut memaklumkan penemuan itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan sepasukan pegawai polis telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu kemudiannya dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana penjaga bertanggungjawab terhadap bayi itu dengan niat ingin membuang bayi berkenaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohan berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi talian hotline IPD Lahad Datu di talian 089-881255 atau Pegawai Penyiasat kes Insp. Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN