Anggota polis didakwa peras ugut wanita dalam sekatan jalan raya

Anggota polis didakwa peras ugut wanita dalam sekatan jalan raya

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang Lans Koperal polis yang videonya tular dalam kejadian peras ugut pelancong China kerana gagal menunjukkan pasport dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Parlimen, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Bagaimanapun tertuduh Mohamad Ikhwan Mahat, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Mengikut pertuduhan, anggota polis itu didakwa menyebabkan ketakutan kepada Lee Log Ling, 26, (warga tempatan) dengan meminta wang RM200 sekiranya mahu dilepaskan kerana kegagalan rakan wanita itu yang merupakan warga China membawa pasport semasa diperiksa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dengan niat untuk pemerasan di Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen di sini pukul 11 malam pada 23 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum RM10,000 atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh diwakili peguam Purshotaman Puvanendran.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan kes.

Pada 3 April lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan yang menyatakan seorang anggotanya memeras wang seorang wanita pelancong China selepas rakaman video itu tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya telah mengesan kewujudan video berdurasi seminit 48 saat di akaun TikTok.

Video itu dimuat naik di TikTok memaparkan seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit rakaman kejadian.

Berdasarkan kapsyen video tersebut, anggota polis terlibat didakwa meminta wang sebanyak RM200 daripada seorang wanita berasal dari China ekoran gagal menunjukkan pasportnya kerana tertinggal di hotel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.