Anak bongsu pesara MBKT terlantar, alami masalah saraf - Utusan Malaysia

Anak bongsu pesara MBKT terlantar, alami masalah saraf

ISMAIL Wahab sentiasa menemani Muhammad Hafizzudin yang terlantar di rumah di Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk, Kuala Terengganu. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki hanya mampu terlantar dipercayai akibat masalah saraf selepas terjatuh di tangga sekolah lebih lima tahun lalu.

Ismail Wahab, 63, berkata, anak bongsunya, Muhammad Hafizzudin, 21, kini seberat kurang 12 kilogram (kg) turut patah tangan dan kaki kiri.

Menurut pesara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu, dia terpaksa me­nguruskan Muhammad Hafizzudin seorang diri selepas kematian isteri, Khatijah Mohamad pada 2019.

“Dia (Muhammad Hafizzudin) jatuh tangga sekolah ketika berusia 12 tahun sehingga demam panas dan lima bulan kemudian hilang keseimbangan badan dan berjalan senget.

“Walaupun berulang-alik ke hospital dan membuat rawatan fisioterapi, keadaannya semakin teruk dan tidak mampu berjalan sejak berusia 16 tahun sehingga berat badan menyusut.

“Doktor memaklumkan dia mengalami masalah saraf selain tulang rapuh,” katanya.

Ismail memberitahu, dia bagaimanapun terpaksa berhenti menghantar anaknya menjalani fisioterapi ekoran masalah kewangan.

Katanya, kos penjagaan mencecah lebih RM800 sebulan bagi membeli lampin pakai buang, susu khas dan tidak termasuk kos rawatan fisioterapi.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi 010-9885731 atau menerusi akaun Maybank, 163064285692. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.