Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TUDM 

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TUDM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-65 kepada seluruh warga TUDM, Veteran TUDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TUDM. 

Menurut Istana Negara, jasa, khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara amat dihargai dan disanjungi.

“Semoga TUDM terus mengorak langkah sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahan kedaulatan ruang angkasa negara serta menjadi sebuah angkatan udara yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa,” menurut hantaran di Facebook rasminya, hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.