Adat warisan kehidupan Melayu perlu dipelihara - Utusan Malaysia

Adat warisan kehidupan Melayu perlu dipelihara

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang pertama bagi tahun 2023 di Wisma MAIPs, Pengkalan Asam, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Adat warisan yang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu secara turun-temurun perlu dipelihara supaya khazanah warisannya terus kekal ke generasi seterusnya.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, adat warisan yang diamalkan tidak dapat ‘membatalkan’ hukum hakam yang telah ditetapkan oleh syarak.

“Inilah pegangan kita yang berpegang teguh kepada Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang pertama bagi tahun 2023 di Wisma MAIPs, Pengkalan Asam di sini, semalam.

Titah baginda, kelestarian adat resam warisan masyarakat Melayu Perlis hanya berlaku apabila adat resam tersebut sama sekali tidak bertentangan dengan syarak.

“Walaupun terdapat pepatah Melayu yang menyatakan ‘biar mati anak jangan mati adat’ namun syariat yang merupakan undang-undang atau perlembagaan hidup masyarakat Melayu khasnya masyarakat Melayu Perlis perlu diberikan keutamaan kerana kedudukannya mengatasi adat resam yang telah diamalkan.

“Malah Islam telah mengiktiraf adat resam dalam masyarakat Melayu Perlis dan boleh diangkat menjadi hukum yang diguna pakai di sisi syariat sekiranya menepati syarat sesuatu ‘urf sebagaimana yang telah dibincangkan oleh ulama usul fiqh,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya