6 kru, tekong bot warga Indonesia ditahan ceroboh perairan negara - Utusan Malaysia

6 kru, tekong bot warga Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

SERAMAI enam kru termasuk tekong bot nelayan warga Indonesia ditahan Maritim Malaysia di Pulau Kendi, Pulau Pinang kelmarin kerana menceroboh perairan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seramai enam kru termasuk tekong bot nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kelmarin kerana menceroboh perairan negara.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya menahan bot nelayan asing (BNA) dari Indonesia itu di sekitar 88.8 kilometer barat daya Pulau Kendi, dekat sini pukul 12 tengah hari, kelmarin.

“Bot itu ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan dikendalikan oleh enam kru termasuk tekong warga Indonesia berusia antara 18 hingga 51 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas dokumen kru serta tekong mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan negara.

Sehubungan itu, kata beliau, kesemua kru berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Bot, kru serta 50 liter minyak diesel dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah dan insiden kecemasan di laut boleh disalurkan ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.