21 das tembakan meriam sempena hari keputeraan Sultan Kedah

21 das tembakan meriam sempena hari keputeraan Sultan Kedah

SULTAN Sallehuddin Sultan Badlishah membalas tabik hormat pada Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-81 di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan di Dataran Medan Bandar di sini hari ini sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-81.

Diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff, baginda tiba di lokasi istiadat pada pukul 8.30 pagi disambut dengan tembakan kehormatan 21 das meriam. 

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin; Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin; Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah. 

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Pada acara penuh istiadat itu, baginda turut mencemar duli melakukan tabik hormat dan pemeriksaan pasukan kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja bersama panji-panji Batalion 

Perbarisan diketuai Mejar Azharul Azfar Azmi Ismail, sementara pegawai pembawa panji-panji ialah Leftenan Mohd. Hatta Mohd. Khalid. 

Acara diserikan dengan pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Leftenan Fauzee Jaafar dan Sarjan Alif Farhan Hashim. 

Istiadat penuh bersejarah itu turut disaksikan oleh rakyat negeri ini yang membanjiri dataran tersebut seawal 8 pagi. 

Orang ramai daripada pelbagai lapisan usia tidak melepaskan peluang menyaksikan pameran aset ketenteraan Rejimen Askar Melayu Diraja yang turut dibawa ke lokasi tersebut.

 Semalam Sultan Kedah turut berangkat ke Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat di Masjid Negeri, Masjid Zahir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya