2,000 penduduk kecewa projek jalan dihentikan serta-merta

2,000 penduduk kecewa projek jalan dihentikan serta-merta

WAN Mohd. Sahaimi Wan Ishak menunjukkan tali merentang jalan projek Jalan Mat Daling-Kampung Pasir Raja dihentikan di Kampung Mat Daling di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 2,000 penduduk lima buah kampung Ulu Tembeling daerah ini kecewa apabila kerajaan memberhentikan serta merta projek Jalan Mat Daling, Ulu Tembeling ke Kampung Pasir Raja, Terengganu.

Tinjauan mendapati pihak kontraktor projek itu sudah memasang tali penghadang menutup jajaran jalan di Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling yang belum lagi selesai kerja pembinaan, manakala peralatan mesin dan lori yang menjalankan kerja pembersihan hutan dan mengeluarkan kayu balak sudah beransur-ansur dipindahkan keluar dari kawasan projek semalam.

Berikutan pemberhentian projek itu, penduduk di lima buah kampung, iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Mat Daling, Kampung Bantal dan Kampung Gusai cukup terkesan malah daerah ini akan ketinggalan peluang pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi penduduk setenpat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JKKP) Mat Daling, Wan Mohd. Sahaimi Wan Ishak, 52, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu pemberhentian projek itu, tetapi tidak tahu apa sebab apabila tiba-tiba pihak kontraktor merentang tali menutup jalan yang belum siap dibina.

“Sehingga kini sejauh 10 kilo­meter melalui kampung ini daripada 48 kilometer jajaran jalan tersebut ke sempadan Terengganu sudah siap dibina dan kami berasa kecewa sekiranya projek ini tidak diteruskan.

“Bagi penduduk di sini projek jalan raya Mat Daling-Kampung Pasir Raja amat bermakna untuk pembangunan ekonomi setempat, iaitu peluang dalam sektor pelancongan dan pertanian kerana sudah ada kemudahan pengangkutan untuk pasaran ke luar termasuk ramai pelancong singgah di perkampungan kawasan Ulu Tembeling,” katanya di sini semalam.

Menurut Wan Mohd. Sahaimi, jalan tersebut memudahkan perhubungan penduduk Ulu Tembeling ke Pasir Raja, Dungun yang mempunyai ikatan persaudaran dengan penduduk Kampung Mat Daling, Kampung Bantal dan kampung Gusai sejak 80 tahun lalu.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.