20 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara - Utusan Malaysia

20 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

BOT nelayan Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia selepas menceroboh perairan negara di Kuala Terengganu, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tindakan 20 nelayan warga Vietnam menceroboh perairan negara membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Selasa lalu.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid, berkata, nelayan itu ditahan di kedudukan 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu di sini, kira-kira pukuL 1.20 petang.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas sebuah bot, peralatan menangkap ikan, peralatan komunikasi dan navigasi, 300 kilogram ikan serta 2,000 liter diesel dengan nilai keseluruhan RM1.5 juta.

“Pihak kami pada awalnya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum kehadiran Maritim Malaysia disedari nelayan asing itu.

“Mereka kemudian cuba melarikan diri ke sempadan perairan Vietnam namun kecekapan anggota Maritim Malaysia berjaya menahan bot tersebut daripada terlepas hampir sejam kemudian.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 20 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia 18 sehingga 49 tahun tanpa dokumen pengenalan diri,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, siasatan lanjut turut mendapati tekong berkenaan gagal menunjukkan sebarang kebenaran atu lesen untuk menangkap ikan di perairan Malaysia.

Khairulanuar berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Melalui Op Naga Barat dan Op Kuda Laut, Maritim Malaysia komited menangani isu pencerobohan nelayan asing ke perairan negara yang mengaut kemewahan hasil laut kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya