19 calon SPM Pulau Pinang dapat A+ semua mata pelajaran - Utusan Malaysia

19 calon SPM Pulau Pinang dapat A+ semua mata pelajaran

ABDUL RASHID ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGETOWN: Sebanyak 15,479 orang daripada 17,692 calon (90.21 peratus) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Pulau Pinang layak mendapat sijil peperiksaan itu.

Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 4.18 peratus berbanding prestasi SPM tahun 2021.

Katanya, Gred Purata Negeri (GPN) bagi peperiksaan SPM Tahun 2022 untuk Pulau Pinang ialah 4.60, iaitu peningkatan 0.17 berbanding SPM tahun lalu.

”Prestasi SPM 2022 mencatatkan peningkatan dari segi peratusan calon yang mendapat sijil yang mana kita berjaya mencapai angka 90 peratus buat pertama kali dan juga peningkatan dari segi GPN.

”Kita telah mengklasifikasikan sekolah-sekolah di Pulau Pinang kepada empat kategori dan memberi perhatian khusus kepada sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2022 di Penang Free School (PFS), di sini hari ini.

Menurutnya, daripada keseluruhan calon, seramai 19 orang berjaya berjaya mendapat semua A+ dalam mata pelajaran yang diambil pada SPM 2022, berbanding 17 orang pada 2021.

“Seramai 688 calon SPM 2022 di Pulau Pinang berjaya mendapat kombinasi A+, A dan A- iaitu peningkatan berbanding keputusan SPM 2021 iaitu seramai 666 orang mendapati kombinasi pelbagai A.

“Sebanyak 24 buah sekolah berjaya mencapai keputusan 100 peratus iaitu kesemua calon berjaya mendapati sijil SPM mereka,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, bagi prestasi mata pelajaran pula, seramai 4,989 calon (29.23 peratus) yang menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu mencatatkan keputusan cemerlang manakala 16,344 (96.07 peratus) lulus subjek itu.

”Bagi mata pelajaran Sejarah pula, seramai 4,864 (28.39 peratus) mencatatkan keputusan cemerlang manakala 15,588 calon (90.99 peratus) lulus subjek berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya