17 kenderaan perdagangan pandu laju di lorong kanan disaman - Utusan Malaysia

17 kenderaan perdagangan pandu laju di lorong kanan disaman

JPJ Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 17 notis saman kepada pemandu kenderaan perdagangan yang dikesan memandu laju di lorong kanan secara berterusan dalam operasi khas di Bukit Mertajam kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 17 notis saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan perdagangan yang dikesan memandu laju di lorong kanan secara berterusan dalam operasi khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, di sini kelmarin.

Menurut JPJ negeri, operasi itu berlangsung selama lebih tiga jam bermula 8.30 malam dengan tumpuan diberikan terhadap kenderaan perdagangan khususnya lori yang dipandu di kawasan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Kaedah 4(A) Peraturan Lalu-lintas 1959 dan dikuatkuasakan bertujuan mendidik serta mendisiplinkan pemandu kenderaaan perdagangan supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

“Pada masa sama, ia juga bertujuan mengelakkan berlakunya kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan yang memandu laju di lebuhraya serta menukar lorong secara tergesa-gesa tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain yang sedang memandu di lorong kanan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, penguatkuasaan secara berterusan dan berfokus akan terus dilakukan bagi memastikan pemandu kenderaan perdagangan mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah dikuatkuasakan semasa memandu di jalan raya.

Selain itu katanya, ia bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya terjamin selamat semasa pemanduan terutamanya di kawasan lebuh raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya