PETALING JAYA: Kerajaan disarankan untuk lebih mengutamakan mengisi kekosongan jawatan guru yang semakin meningkat akibat persaraan awal golongan tersebut berbanding mewujudkan pembantu guru. Hal ini disebabkan jawatan pembantu guru dilihat akan memberi implikasi kewangan besar kepada kerajaan bagi mewujudkan perjawatan tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, buat masa ini, cadangan mewujudkan jawatan pembantu guru adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan. Jelasnya, ia disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan ketika ini malah jawatan tersebut memerlukan belanja besar. “Apa yang harus dipenuhi adalah kekosongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya