UiTM nafi pangkalan data siswa bocor - Utusan Malaysia

UiTM nafi pangkalan data siswa bocor

UiTM
ROZIAH MOHD. JANOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menolak dakwaan pangkalan data mahasiswanya alami kebocoran, sebaliknya situasi yang berlaku hanyalah melibatkan maklumat pemohon kemasukan ke institusi itu yang boleh diakses oleh calon sahaja.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor, maklumat dan platform dalam talian itu tidak boleh diakses secara umum kerana alamatnya diberikan kepada calon yang memohon kemasukan ke UiTM dalam bidang pendidikan.

“Walau bagaimanapun, cepat ditarik balik. Tentu sudah ramai orang tahu, itu pun bukannya dibuat untuk orang awam. Jadi, ada individu yang berkaitan dengan calon, memaklumkan ke dalam media sosial.

“Cuma silapnya di situ (dedah maklumat). Tetapi bukan menggunakan sistem UiTM. Itu yang saya hendak jelaskan. Orang sebut itu sistem UiTM, bukan sebenarnya. Malah, ia bukan pengkalan data maklumat mahasiswa kita,” katanya ketika ditemui dalam sambutan Majlis Rumah Terbuka Sua Raya UiTM, hari ini.

Terdahulu, pangkalan data mahasiswa dilaporkan bocor selepas seorang pengguna Twitter mendedahkan tangkap layar sistem tersebut yang memaparkan senarai nama pemohon kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), UiTM.

Maklumat tersebut didakwa terdedah apabila calon berkenaan hendak mengesahkan maklumat peribadinya bagi menduduki ujian kelayakan memasuki bidang tersebut.

Dalam pada itu, Roziah menjelaskan, sistem tersebut diwujudkan oleh Fakulti Pendidikan bagi menyaring 12,000 calon kemasukan melalui ujian dalam talian yang perlu diduduki untuk menentukan kelayakan sebelum dipanggil untuk temuduga.

Fakulti Pendidikan UiTM cuba berlaku adil untuk memberi ruang kepada semua 12,000 pemohon melalui saringan yang objektif. Jadi mereka buat satu inisiatif inovasi menggunakan teknologi saringan dalam talian.

“Jadi apa yang berlaku, mereka hendak pastikan calon yang benar-benar memohon itu yang pergi ke website yang disediakan. Jadi, itu yang maklumat didedahkan kepada mereka (secara tidak sengaja),” ujarnya.

Katanya lagi, disebabkan isu tersebut juga, UiTM menangguhkan ujian saringan tersebut ke satu tarikh lain sementara pegawai terlibat membaiki sistem berkenaan dan menyelesaikan isu teknikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya